Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Rabu, 30 September 2009

sabar

SABARLAH DUHAI SAHABAT

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi.

Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya. Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah:
"Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24);
"Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75);
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 39:10);
Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar.

Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibah atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibah itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.Sebagai perbandingan tentang hakikat musibah itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadi kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil,tidak bertimbang rasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibah yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibah atau ujian daripada Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian. Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.

Isnin, 6 Oktober 2008

Solatlah Wahai Remajaku

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Latihan solat yang berterusan sejak kecil oleh seorang muslim yang mu'min dan muttaqin belum tentu diterima Allah s.w.t namun kita sebagai umat yang tidak maksum mesti berusaha sedaya mampu,penuh kesungguhan,pengharapan dan istiqamah agar Allah s.w.t menerimanya.Bukan sekadar berputus asa dan terus mengambil jalan mudah berada dalam situasi yang rugi dan tercela.

Allah s.w.t akan terus menguji keimanan,kehendak nafsu syahwat yang menjurus ke arah keseronokan dan menjauhkan diri dari beribadat.Oleh itu,kita sebagai umat di akhir zaman ini harus sedar dan tahu cara beribadat yang betul sebagaimana Rasullullah s.a w mengajar kita.

Caranya sudah pasti solat,bertasbih,mencari kefahaman melalui terjemahan dan penafsiran Al Quran dan memahami penghayatannya melalui amalan.Terus menerus beramal sehingga Allah s.w.t menunjukan cara menyelesaikan masalah.Sudah pasti akhirnya Allah s.w.t akan mengangkat martabat kita ke tempat yang sepatutnya.

Rabu, 3 September 2008

Wasiat untuk wanita

6 pesanan untuk wanita

6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini.

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan. Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin.Wassalam

Jumaat, 22 Ogos 2008

Cinta

CINTA
Cinta adalah air kehidupan,makanan roh dan jiwa.

Unta menyusukan anaknya dengan cinta,Bayi menyusu kepada ibunya kerana cinta,burung membuat sarangnya dengan cinta,dengan cinta wajah berseri-seri,bibir tersenyum dan mata bersinar,dengan cinta terjadi pelukan,hubungan,kasih saying dan belas kasihan.

Cinta hakim di mahkamah dunia,ia menhukum kekasih sekalipun bersalah dan mengadili masalah-masalah untuk kemaslahatan kekasih walaupun zalim. Dengan cinta semata-mata tengkorak-tengkorak para pejuang berguguran di atas bumi bagaikan dinar-dinar kerana mereka mencintai prinsipnya.Jiwa-jiwa mereka mengalir atas mata-mata pedang kerana mereka mencintai risalahnya.Sahabat mencintai manhaj dan pemiliknya,risalah dan pembawanya,wahyu dan yang menurunkannya,lalu mereka gugur dengan panah-panah untuk mencari mencari keredhaan di Badar,Uhud dan Hunain.

Mereka meninggalkan makanan,minuman dan shahwat-shahwat pada manas terik Makkah dan Madinah. Mereka menjauhi tempat tidur pada satu pertiga malam yang akhir dan menafkahkan harta bendanya untuk mencari keredhaan kekasih.

Manakala Dia mencintai Al-Kalim Musa a.s laut dibelah baginya,Dia mencintai Muhammad s.a.w batang kurma rindu kepadanya,dan bulan terbelah baginya.Pencinta azabnya manis dan kematiannya madu kerana dia mencintai.

Dengan cinta orang yang tidur bangkit dari selimutnya yang hangat dan katilnya yang empuk untuk solat subuh. Dengan cinta pejuang maju kepada kematian dengan memandang berat kehidupan,dengan cinta air mata mengalir dan hati bersedih.

Cinta bagaikan grativiti yang mengerakkan bintang,menyertai planet-planet dan membentuk kumpulan matahari,lalu tidak terjadi pertembungan di antaranya. Dengan cinta bintang-bintang berjalan pada peredarannya lalu tidak terjadi pertembungan di sana.

Pada hari berakhirnya cinta terjadi peninggalan dan pemutusan di alam,buruk sangka dan keraguan dalam diri,kekerutan dan kemasaman di wajah, pada hari terakhirnya cinta penuntut tidak memahami perkataan gurunya yang menggunakan bahasa yang fasih.

Pada hari berakhirnya cinta lebah meninggalkan bunga,burung meninggalkan sarang dan taman permainan,peperangan terjadi, api permusuhan menyala,benteng dibinasakan, istana-istana dihancurkan,jiwa dan harta benda hilang.

Pada hari berakhirnya cinta, dunia dan gunung-ganang menjadi rata,dokumen-dokumen menjadi lembaran kosong,dalil-dalil menjadi cerita dongeng,perumpamaan menjadi kepalsuan.Tidak ada kehidupan melainkan dengan cinta,tidak ada kekekalan melainkan dengan cinta.

Jika anda mencintai anda mencium keharuman bunga,menyentuh kelembutan sutera,merasakan kemanisan madu,mendapati nikmat keafiatan,memperolehi ilmu yang lebih mulia dan mengetahui sesuatu rahsia.

Apabila anda benci setiap kalimat yang diungkapkan dapat melukai diri dan orang lain,setiap tindakan menjadi samar,setiap pergerakan meragukan,setiap kebaikan menjadi keburukan,Maka untuk menjadi pencinta yang baik ranapkan pemulauan kepada perhubungan dan silaturrahim yang berkekalan,kemarahan menjadi keredhaan,dosa menjadi pahala dan kesalahan menjadi kebenaran.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Mintalah pertolongan dari Allah

“Jagalah perintah Allah,nescaya Dia akan menjagamu, jagalah perintah Allah,nescaya Dia aka nada dihadapanmu,perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar,nescaya Dia akan mengenalimu ketika kamu dalam kesusahan.Jika kamu meminta maka mintalah kepada Allah,jika memohon pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.”Al-Hadis

Ramai di kalangan kita sering bertanya: Bagaimana untuk minta pertolongan dari Allah ? Tidak ada perubahan pun.Penyakitnya tetap tidak hilang,kesusahan masih berpanjangan.
Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.Dia akan menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing.Seandainya iman seseorang cuma senipis kulit bawang,maka cubaannya adalah sesuai dan selayaknya sahaja.Manakala seandainya iman seseorang hambanya seperti kulit durian,sudah semestinya ujian itu berat sedikit.Seumpama kita nak kopak sebiji durian,sudah semestinya senang kalau guna parang.sekiranya kita guna sebilas pisau yang kecil sudah pastinya menyukarkan kita membukanya.

Jadikan masa kaya anda sebagai persiapan menghadapi masa sukar,harta anda sebagai benteng jiwa ,dan umur anda sebagai pelaksana ketaatan kepada tuhan.

Isnin, 21 Julai 2008

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

Tanda kiamat kecil telah bermula sejak perutusan rasul lagi.Ia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian;
Pertama : Satu bahagian telah terjadi dan dikenal pasti
Kedua : Satu bahagian telah terjadi dan belum dikenal pasti
Ketiga : Satu bahagian yang belum terjadi dan ini lebih sedikit
daripada sebelumnya

Antara tanda-tanda yang dapat kita perhatikan untuk dibuat pengajaran :

Pembunuh tidak tahu atas dasar apa dia membunuh dan yang dibunuh atas dasar apa yang dibunuh

Rasullulah s.a.w bersabda: “ Demi yang jiwaku berada ditanganNya, dunia tidak akan kiamat sehingga datang suatu hari ke atas manusia yang mana pembunuh tidak mengetahui atas sebab apa dia membunuh dan yang dibunuh juga tidak mengetahui dengan sebab apa dia dibunuh.” Nabi ditanya: Bagaimana boleh terjadi demikian ? Sabdanya: Al Haraj (kekacauan ) yang membunuh dan yang dibunuh dalam neraka.”
Diriwayatkan oleh Bukhari( 18/35)

Perbuatan pembunuhan ini terjadi secara berleluasa tanpa menghiraukan matlamat dan tujuan asalkan ia memehuhi hawa nafsu yang jahat dan kejam.Persoalan ditimbulkan kenapa yang dibunuh juga masuk neraka sedangkan yang membunuhlah yang bersalah.Alasan kedua –dua pihak masuk neraka kerana yang membunuh dan dibunuh masing-masing berniat mahu membunuh di antara satu sama lain.

Apabila urusan itu dipegang oleh orang yang bukan ahlinya

Perkara ini terjadi secara meluas dalam pelbagai bidang.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila urusan itu disandarkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah hari kiamat.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya sesuatu kaum diperintahkan oleh golongan yang jahat dan fasik.Pemimpin yang dipilih dikalangan mereka tidak tahu menjalankan tugas bahkan apa yang dibawa hanyalah mendatangkan kehancuran dan kebinasaan.

Memberi kepercayaan kepada orang yang khianat

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah mengatakan perkara keji dan kotor, memutuskan hubungan silaturahim, menuduh orang jujur melakukan khianat dan memberi kepercayaan orang yang berkhianat.” Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar dan As-Silsilah As-Sohihah (2290)

Melampaui batas dalam berdoa

Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan muncul satu kaum yang melampaui batas dalam berdoa” Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dalam As-Sohih dan Al-Jami’ (3671)

Daripada Maula Sa’ad bahawa Sa’ad r.a mendengar anaknya berdoa dengan berkata : Ya Allah, aku mohon kepadaMu syurga, nikmat, sutera tebalnya dan seterusnya, aku berlindung kepadaMu daripada neraka serta rantai dan belenggunya.
Lalu berkata : Sesungguhnya engkau telah meminta kepada Allah kebaikan yang banyak dan engkau berlindung daripadanya keburukan yang banyak, dan sesungguhnya kamu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “ Akan muncul satu kaum yang melampaui batas dalam berdoa.” Diriwayatkat oleh Ahmad dan Ibnu Katsir berdiam diri atasnya.

Di antara sikap berlebih-lebihan dalam berdoa: Memanjangkan doa sehingga melebihi kadar solat sepertimana yang berlaku pada hari ini.

Isnin, 7 Julai 2008

Keberkatan hidup

Assalamualaikum

Keberkatan hidup akan diperolehi apabila seseorang telah mengisi waktu hidupnya dengan perkara yang membawa manfaat,penuhi dengan beribadat dan mengabdikan diri pada yang Esa.Tidak membuang waktu dengan perbuatan sia-sia.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Amal kebaikan itu dapat menambah umur, bukan kerana bertambah usia, tetapi nilai yang diperolehi dari usia itu."

Menurut Imam AL-Qurtubi dalam tafsirnya Al-Jami' Ahkamil Quran bahawa hidup yang baik terdiri dari 5 unsur;
Pertama: Rezeki yang diperolehi dengan cara yang baik dan halal kemudian dibelanjakan
dijalan Allah.
Kedua: Merasa puas dengan apa yang dimiliki.
Ketiga: Taufiq yang diperolehi kerana ketaatan dalam memenuhi ketentuan-ketentuan dan
petunjuk-petunjukNya.
Keempat: Kebahagiaan yang merangkumi rohani dan jasmani.
Kelima: Memperolehi syurga yang merupakan tempat rahmat dan kekal abadi.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengejar impian ini dengan penuh harapan dan pergantungan kepada Allah s.w.t

Khamis, 3 Julai 2008

UNTUKMU ISTERI

Duhai para isteri yang jelitawan,

Di sini saya paparkan usaha, langkah dan amalan untuk mewujudkan rumahtangga harmoni. Sememangnya suami yang bertanggungjawab akan mencari rezki yang halal lagi baik tetapi perlu diingatkan di sini bahawa sebenarnya suami cuma penyebab datangnya rezki tetapi Allah s.w.t lah yang pemberi rezki dan rahmat.
Setelah suami keluar ke pejabat atau tempat kerja,para isteri perlu bertawakkal dan mengamanahkannya kepada Allah sambil berdoa;

"YA ALLAH, ENGKAULAH PENGUASA SUAMI SAYA.AMANAH MATANYA SUPAYA TERKAWAL,AMANAH HARTANYA ANDAI ADA BAHAGIAN REZKI YANG HALAL BERKAT BAGI KAMI,BIMBING SUPAYA IA BOLEH BERIKHTIAR DI JALAN MU,HINGGA BERJUMPA DENGAN BAHAGIAN REZKI YANG BERKAT,TETAPI KALAU TIDAK ADA BAHAGIAN REZKINYA TOLONG ADAKAN, YA ALLAH, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMBUKA DAN PENUTUP REZEKI, JADIKAN PEKERJAAN MENJADI AMAL SOLEH"

Berdoalah secara berterusan,jagalah makannya sebelum orang lain sengaja mengambil alih.cintailahnya sebelum cintanya beralih arah.

Rabu, 2 Julai 2008

Siraman Amal

Assalamualaikum

Ketika kita memikirkan tentang permasalahan hidup,kesusahan,kesempitan dan paling berat kita dakwa itu malapetaka buat kita.kita sebenarnya lalai dan leka sehingga kita sandarkan apa yang kita tanggung sebagai suatu yang tidak adil bagi kita.

Namun kita terlupa bahawa dalam esak tangis,hiba,kepayahan yang terpaksa kita telan itu ada penyelesaian,berita gembira,penawar dari yang Esa.Kita tidak dapat memikirkan hikmah disebalik keresahan yang berpanjangan,kekusutan yang berterusan kerana kita tidak muhasabah diri,tidak ada ilmu untuk mengatur langkah mencari jawapan,tidak mahu menerima dengan dada yang lapang.

Kita tidak dapat melihat itu sebagai ujian untuk diangkat martabat keimanan,penambahan nur dan hidayah.Apa yang kita nampak di masa itu kesedihan yang bertubi-tubi,keputusasaan yang mencengkam hati dan jiwa.

Cuba kita lihat,selepas kejadian yang kita anggap 'BALA' timbullah kesenangan,rahmat dan kesyukuran,sinar-sinar keghairahan hidup ke arah kemewahan sehingga kita buta dengannya.Kita sudah terlupa kesakitan,kelukaan,kesengsaraan dulu.

Kenapa terjadi sebegitu;

pertama : kita tidak beramal dengan ilmu yang ada,
kedua : penghayatan yang tidak diselitkan dengan amalan dan keikhlasan,
ketiga : doa yang dipanjatkan tidak disirami dengan istiqamah,
keempat : kita tidak menerima qada' dan qadar sama ada baik dan buruk dengan jiwa yang tenang.

Semoga hidup kita dapat dikembalikan ke jalan yang benar dan diredhai,landasan barakah,kehidupan yang bahagia,bahagia di dunia dan akhirat.

Khamis, 26 Jun 2008

LEKA DIBUAI DUNIA

Assalamualaikum

Kehadapan tuan-puan dan pembaca yang budiman.Zaman akan berputar,masa akan berlalu,kehidupan akan berubah.ramai dikalangan kita masih menangguhkan pekerjaan,duduk berehat,menonton tv sampai ke pagi,selepas makan menunggu waktu tidur dalam bilik berhawa dingin sampai ke pagi.Begitulah rutinnya saban tahun tanpa beramal ibadah khususnya yang sunat,lalai dan leka dalam beramal,tidak menuntut ilmu.

Kita mempunyai alasan yang kukuh untuk membela diri apabila dicela dan diberi peringatan."Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isterikami."(AL-Fath:11) Ayat ini menenpelak kita dengan kata-kata seakan orang lain tidak mempunyai anak isteri dan harta benda untuk dicari sehingga tidak mampu beramal.

Tidakkah orang yang menuntut ilmu dan berjaga malam untuk beribadat kepada Allah juga perlu tunaikan tanggungjawab dan mencari habuan dunia.Mereka jua sering kesedihan,kelaparan dan kehausan di bawah panas mentari yang terik.Mereka terus bersabar sehingga mencapai kemanisan bersama Allah.Mereka melakukan seikhlas mungkin untuk menuntut keredhaan dan kerahmatan yang Esa.

Rabu, 25 Jun 2008

Kembalikan maruah diri

Assalamualaikum

Semoga tuan-puan,adik-adik pembaca yang budiman sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa.

Bila kita perhatikan keadaan adik-adik kita khususnya remaja kini secara sedar atau tidak ramai telah terjebak dengan budaya meniru rambut artis-artis ,tak kiralah artis itu dari luar atau dalam negara kita.Apa yang menjadi kemusykilan ialah remaja terbabit sedar atau tidak.atau mereka pura pura tidak tahu,atau sengaja mahu melihat respon dari orang tua mereka samaada akan larang,atau diam sahaja. Sekarang pelajar semakin tidak mengendahkan amaran dari guru-guru mereka.Sebelum digunting mereka dah cabut lari atau berbuih mulut guru menasihati tetapi masih tidak ada perubahan.

Persoalan yang perlu diselesaikan di sini ialah cuba memahami hakikat kenapa pematuhan disiplin terhadap peraturan sekolah perlu dipatuhi.Sikap ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa dirinya hebat dan mengikut trend terkini perlu diubah kearah yang baik.Ketidakadanya kefahaman yang jelas tentang budaya sopan-santun atau kesesuaian tradisi islam atau moral.Pelbagai lagi sebab menjadi pendorong agar mereka semua terarah kepada keadaan dan situasi yang tidak sihat.

Oleh itu,marilah kita sama-sama memperbaiki keadaan ini agar tidak menjadi parah.marilah kita ingat kesungguhan tokoh-tokoh penting dalam usaha memerdekakan tanah air,ulama-ulama yang merpertahankan aqidah,tokoh -tokoh pendidikan yang tidak pernah kenal keletihan dan keperitan membawa misi pendidikan negara,pendakwah islam yang rela berkorban untuk kemajuan ummah khususnya di tanah air tercinta ini.

Kembalikanlah maruah diri,masyarakat ,agama dan bangsa kita demi tuhan yang Esa iaitu Allah S.W.T

Jumaat, 16 Mei 2008

Allah tidak mengubah sesuatu kaum

Setiap insan dan dalam diri pasti datang perubahan,sesiapa yang redha ia akan dibalas dengan kebaikan.Tetapi sesiapa yang marah dan tidak puas hati,maka dia akan dipertemukan dengan keburukan dan kesengsaraan.

Kebahagiaan,Kecintaan,Kegembiraan pasti akan menerangi kehidupan yang kelam.Menukar kebencian dan keingkaran kepada sifat mulia dan mahmudah.menjadikan suatu pengharapan yang baik,optimis jauh dari putus asa,kerana redha dengan Qada' dan Qadar.

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI."
(Ar-Ra'd:11)

Khamis, 15 Mei 2008

Persiapan diri

Assalamualaikum.
Kehadapan pembaca yang budiman, doa saya panjatkan moga yang Esa sentiasa kurniakan perlindungan setiap detik yang bergerak.

Kurniaan hidayat,iman,istiqamat atas perintah Allah s.w.t menjauhi kekufuran ,kefasikan dan kederhakaan menjadi teras dan pegangan ke arah kebahagiaan.

Bagaimana cara mendapatkannya? Senang atau Susah ?

Anda kena berusaha mencari ilmu yang berguna,melapangkan dada,memperbanyakan zikir.Semuanya merupakan simpanan pahala,punca keberkatan,penyuluh jalan kehidupan yang menuju kebenaran.
Cari dan Cintai Allah Dan Rasul pasti akan membawa kebahagiaan abadi.