Rabu, 25 Jun 2008

Kembalikan maruah diri

Assalamualaikum

Semoga tuan-puan,adik-adik pembaca yang budiman sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa.

Bila kita perhatikan keadaan adik-adik kita khususnya remaja kini secara sedar atau tidak ramai telah terjebak dengan budaya meniru rambut artis-artis ,tak kiralah artis itu dari luar atau dalam negara kita.Apa yang menjadi kemusykilan ialah remaja terbabit sedar atau tidak.atau mereka pura pura tidak tahu,atau sengaja mahu melihat respon dari orang tua mereka samaada akan larang,atau diam sahaja. Sekarang pelajar semakin tidak mengendahkan amaran dari guru-guru mereka.Sebelum digunting mereka dah cabut lari atau berbuih mulut guru menasihati tetapi masih tidak ada perubahan.

Persoalan yang perlu diselesaikan di sini ialah cuba memahami hakikat kenapa pematuhan disiplin terhadap peraturan sekolah perlu dipatuhi.Sikap ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa dirinya hebat dan mengikut trend terkini perlu diubah kearah yang baik.Ketidakadanya kefahaman yang jelas tentang budaya sopan-santun atau kesesuaian tradisi islam atau moral.Pelbagai lagi sebab menjadi pendorong agar mereka semua terarah kepada keadaan dan situasi yang tidak sihat.

Oleh itu,marilah kita sama-sama memperbaiki keadaan ini agar tidak menjadi parah.marilah kita ingat kesungguhan tokoh-tokoh penting dalam usaha memerdekakan tanah air,ulama-ulama yang merpertahankan aqidah,tokoh -tokoh pendidikan yang tidak pernah kenal keletihan dan keperitan membawa misi pendidikan negara,pendakwah islam yang rela berkorban untuk kemajuan ummah khususnya di tanah air tercinta ini.

Kembalikanlah maruah diri,masyarakat ,agama dan bangsa kita demi tuhan yang Esa iaitu Allah S.W.T

Tiada ulasan: