Sabtu, 20 Disember 2008

Jamuan Akhir Tahun 2008 SMT KLANG

Penulis terpaksa akur dengan kehebatan kaum hawa kerana menjadi wakil tunggal kaum adam menerima hadiah pencapaian terbaik dalam kategori buku rekod terbaik.



Pendaftaran jamuan akhir tahun 2008 anjuran kelab guru smt klang.


Wajah ceria antara guru yang menerima hadiah pencapaian terbaik penulisan buku rekod 2008




Pengetua dan GPK serta guru yang akan berpindah ke sekolah lain 2009




Selamat hari jadi untuk semua guru SMT KLANG 2008.Semoga panjang umur,murah rezki,bahagia di dunia dan akhirat.







Boring betul! bila makanan nak sampai ni.Para ustaz yang berkaliber.







Wakil kaum hawa dari bilik guru lelaki.Bergaya tu!





Wah ! bukan main lagi akrab guru dari panitia BM.







Antara suka dan duka.Nak balik kampung dan berpisah dengan rakan-rakan dari smt klang.
SEMOGA KITA SEMUA BERGANDING BAHU MENJAYAKAN VISI DAN MISI SEKOLAH SMT KLANG.AMIN






























Penawar terkini berjenama 4life


Dengan teknologi Nano produk Tranfer Factor telah meningkatkan kualiti dan keberkesanan khususnya kepada pesakit seperti kencing manis,darah tinggi,buah pinggang dan batu karang agar mereka dapat menikmati kesihatan yang maksima demi meneruskan ibadat dan kesyukuran kepada Allah s.w.t.

Ahad, 30 November 2008

Sabtu, 15 November 2008

4life untuk kesihatan dengan izin Allah s.w.t





































Kegigihan mencari penawar terjawab apabila menemui 4life.Kini tiba masa meraikan kejayaan bersama 4life.Tahniah buat sahabatku HUSNUN.

Penulis juga turut serta meraikan kejayaan sahabat karibnya.Kami hadiri anugerah bersama dan kongsi kejayaan ini bersama.Mudah-mudahan kami success.Amin
Apa tunggu lagi! hubungi kami untuk turut serta mencapai cita-cita anda.Husnun 016-3696583 dan Abu Bakar 016-6691802




















Isnin, 6 Oktober 2008

Solatlah Wahai Remajaku

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Latihan solat yang berterusan sejak kecil oleh seorang muslim yang mu'min dan muttaqin belum tentu diterima Allah s.w.t namun kita sebagai umat yang tidak maksum mesti berusaha sedaya mampu,penuh kesungguhan,pengharapan dan istiqamah agar Allah s.w.t menerimanya.Bukan sekadar berputus asa dan terus mengambil jalan mudah berada dalam situasi yang rugi dan tercela.

Allah s.w.t akan terus menguji keimanan,kehendak nafsu syahwat yang menjurus ke arah keseronokan dan menjauhkan diri dari beribadat.Oleh itu,kita sebagai umat di akhir zaman ini harus sedar dan tahu cara beribadat yang betul sebagaimana Rasullullah s.a w mengajar kita.

Caranya sudah pasti solat,bertasbih,mencari kefahaman melalui terjemahan dan penafsiran Al Quran dan memahami penghayatannya melalui amalan.Terus menerus beramal sehingga Allah s.w.t menunjukan cara menyelesaikan masalah.Sudah pasti akhirnya Allah s.w.t akan mengangkat martabat kita ke tempat yang sepatutnya.

Rabu, 3 September 2008

Sambutan hari kemerdekaan ke-51









Selesai perbarisan,kibaran bendera bermotosikal,tahlil dan doa selamat seterusnya jamuan bersama pengetua smteknik klang.

Wasiat untuk wanita

6 pesanan untuk wanita

6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini.

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan. Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin.Wassalam

Jumaat, 22 Ogos 2008

Wajah Ceria SMT Klang





PENERANGAN TENTANG KEMERDEKAAN
Pelajar diingatkan tentang sejarah kemerdekaan demi cinta dan bahagianya ungkapan merdeka.
Susah dan deritanya pejuang terdahulu mesti dikongsi agar remaja sekarang tidak lupa dan lalai menjaga keamanan dan keharmonian tanah air

Cinta

CINTA
Cinta adalah air kehidupan,makanan roh dan jiwa.

Unta menyusukan anaknya dengan cinta,Bayi menyusu kepada ibunya kerana cinta,burung membuat sarangnya dengan cinta,dengan cinta wajah berseri-seri,bibir tersenyum dan mata bersinar,dengan cinta terjadi pelukan,hubungan,kasih saying dan belas kasihan.

Cinta hakim di mahkamah dunia,ia menhukum kekasih sekalipun bersalah dan mengadili masalah-masalah untuk kemaslahatan kekasih walaupun zalim. Dengan cinta semata-mata tengkorak-tengkorak para pejuang berguguran di atas bumi bagaikan dinar-dinar kerana mereka mencintai prinsipnya.Jiwa-jiwa mereka mengalir atas mata-mata pedang kerana mereka mencintai risalahnya.Sahabat mencintai manhaj dan pemiliknya,risalah dan pembawanya,wahyu dan yang menurunkannya,lalu mereka gugur dengan panah-panah untuk mencari mencari keredhaan di Badar,Uhud dan Hunain.

Mereka meninggalkan makanan,minuman dan shahwat-shahwat pada manas terik Makkah dan Madinah. Mereka menjauhi tempat tidur pada satu pertiga malam yang akhir dan menafkahkan harta bendanya untuk mencari keredhaan kekasih.

Manakala Dia mencintai Al-Kalim Musa a.s laut dibelah baginya,Dia mencintai Muhammad s.a.w batang kurma rindu kepadanya,dan bulan terbelah baginya.Pencinta azabnya manis dan kematiannya madu kerana dia mencintai.

Dengan cinta orang yang tidur bangkit dari selimutnya yang hangat dan katilnya yang empuk untuk solat subuh. Dengan cinta pejuang maju kepada kematian dengan memandang berat kehidupan,dengan cinta air mata mengalir dan hati bersedih.

Cinta bagaikan grativiti yang mengerakkan bintang,menyertai planet-planet dan membentuk kumpulan matahari,lalu tidak terjadi pertembungan di antaranya. Dengan cinta bintang-bintang berjalan pada peredarannya lalu tidak terjadi pertembungan di sana.

Pada hari berakhirnya cinta terjadi peninggalan dan pemutusan di alam,buruk sangka dan keraguan dalam diri,kekerutan dan kemasaman di wajah, pada hari terakhirnya cinta penuntut tidak memahami perkataan gurunya yang menggunakan bahasa yang fasih.

Pada hari berakhirnya cinta lebah meninggalkan bunga,burung meninggalkan sarang dan taman permainan,peperangan terjadi, api permusuhan menyala,benteng dibinasakan, istana-istana dihancurkan,jiwa dan harta benda hilang.

Pada hari berakhirnya cinta, dunia dan gunung-ganang menjadi rata,dokumen-dokumen menjadi lembaran kosong,dalil-dalil menjadi cerita dongeng,perumpamaan menjadi kepalsuan.Tidak ada kehidupan melainkan dengan cinta,tidak ada kekekalan melainkan dengan cinta.

Jika anda mencintai anda mencium keharuman bunga,menyentuh kelembutan sutera,merasakan kemanisan madu,mendapati nikmat keafiatan,memperolehi ilmu yang lebih mulia dan mengetahui sesuatu rahsia.

Apabila anda benci setiap kalimat yang diungkapkan dapat melukai diri dan orang lain,setiap tindakan menjadi samar,setiap pergerakan meragukan,setiap kebaikan menjadi keburukan,Maka untuk menjadi pencinta yang baik ranapkan pemulauan kepada perhubungan dan silaturrahim yang berkekalan,kemarahan menjadi keredhaan,dosa menjadi pahala dan kesalahan menjadi kebenaran.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Mintalah pertolongan dari Allah

“Jagalah perintah Allah,nescaya Dia akan menjagamu, jagalah perintah Allah,nescaya Dia aka nada dihadapanmu,perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar,nescaya Dia akan mengenalimu ketika kamu dalam kesusahan.Jika kamu meminta maka mintalah kepada Allah,jika memohon pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.”Al-Hadis

Ramai di kalangan kita sering bertanya: Bagaimana untuk minta pertolongan dari Allah ? Tidak ada perubahan pun.Penyakitnya tetap tidak hilang,kesusahan masih berpanjangan.
Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.Dia akan menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing.Seandainya iman seseorang cuma senipis kulit bawang,maka cubaannya adalah sesuai dan selayaknya sahaja.Manakala seandainya iman seseorang hambanya seperti kulit durian,sudah semestinya ujian itu berat sedikit.Seumpama kita nak kopak sebiji durian,sudah semestinya senang kalau guna parang.sekiranya kita guna sebilas pisau yang kecil sudah pastinya menyukarkan kita membukanya.

Jadikan masa kaya anda sebagai persiapan menghadapi masa sukar,harta anda sebagai benteng jiwa ,dan umur anda sebagai pelaksana ketaatan kepada tuhan.

SMTEKNIK-SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-51







Sambutan ini diadakan dengan meriahnya,dengan sokongan para pelajar dan guru.Moga kemerdekaan ini akan dikecapi oleh jenerasi yang akan datang dengan aman dan harmoni.Amin
Bacaan yasin dan tahlil juga diadakan,mudah-mudahan para pejuang,muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup dan telah meninggal diampuni dosa.



Selasa, 5 Ogos 2008

SMTEKNIK KLANG,Solat Hajat


Solat Hajat diadakan untuk pelajar menghadapi ujian selaras spm 2008.

Isnin, 28 Julai 2008

SMTEKNIK KLANG,KEM WIRA WAJA 5


Perkhemahan perdana pasukan beruniform,persatuan dan kelab SMTEKNIK KLANG 2008 berlangsung pada 25-27 julai 2008.




Kuliah subuh tentang masalah remaja dan budaya cemerlang oleh ustaz ridwan b.rahmat.
KIAMAT MAKIN HAMPIR 2

LELAKI MENTAATI ISTERI DAN MENDERHAKA KEPADA IBUNYA

Pada kebiasaan insan bernama lelaki pandai mengucapkan kata-kata manis dan melayani kerenah isterinya dengan kasih sayang,dimanja,dibelai.Kaum Adam ini sentiasa mencari jalan tunjukkan sifat manconya,hebatnya kepada kaum hawa sehinggakan Kaum Hawa menyerah cintanya,hatinya dan memberi sepunuh kepercayaannya kepada Sang Adam.Begitu juga kasihnya seorang anak kepada ibunya tidak berbelah bagi.semua kehendak ibunya dituruti, apa kata ibu itulah yang dilakukannya.
Walaubagaimanapun apa yang terjadi kini dan akan datang ialah ketaatan kepada seorang ibu yang melahirkannya telah bertukar kepada kasih dan turuti kehendak kepada si isterinya yang semestinya menjadi keutamaan.Apa kata isterinya hitam,maka jawapannya ialah hitam.Manakala ibunya cuba berkata dan meminta anaknya sesuatu ia akan berkata “tidak” dan terus menerus kata “tidak”serta menderhakainya.

MANAKALA KAUM LELAKI PULA BERBUAT BAIK KEPADA SAHABATNYA KEMUDIAN MENDERHAKAKAN AYAHNYA

Ayah yang mencari rezki siang dan malam,bersengkang mata,peluh keringatnya sentiasa mengalir membasahi wajahnya demi membesarkan anak-anaknya.Kasih sayang yang tidak berbelah bagi namun apa yang terjadi kini ayah diabaikan nasihatnya,ditinggalkan tanpa penjagaan.Sudah pasti anak bujangnya kini lebih utamakan kesenangan yang dikecapi kononnya itulah usahanya selama ini,penat lelahnya menuntut ilmu,kononnya sibuk dengan usahanya mencari nafkah yang halal buat keluarga barunya,tanggungjawabnya.Apa yang lebih menyeronokkan ialah kegembiraan bersama temannya,keseronokan bersama temannya menyusuri kehidupan yang penuh fantasi dan menghiburkan.Ajakkan dan permintaan sahabatnya cepat dipenuhi sedangkan permintaan ayahnya,keadaan ayahnya tidak terlintas langsung dalam fikirannya.

Kewajipan seorang lelaki mentaati ibubapa dan tanggungjawab seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya adalah suatu tugas yang murni dan wajib dilaksanakan tetapi keutamaannya ialah sudah semestinya ibubapa yang memerlukan bantuan seterusnya kepada isteri dan anak –anak tersayang yang akan terus mendoakan kesejahteraan hidupnya selepas ketiadaannya kelak.

Isnin, 21 Julai 2008

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

Tanda kiamat kecil telah bermula sejak perutusan rasul lagi.Ia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian;
Pertama : Satu bahagian telah terjadi dan dikenal pasti
Kedua : Satu bahagian telah terjadi dan belum dikenal pasti
Ketiga : Satu bahagian yang belum terjadi dan ini lebih sedikit
daripada sebelumnya

Antara tanda-tanda yang dapat kita perhatikan untuk dibuat pengajaran :

Pembunuh tidak tahu atas dasar apa dia membunuh dan yang dibunuh atas dasar apa yang dibunuh

Rasullulah s.a.w bersabda: “ Demi yang jiwaku berada ditanganNya, dunia tidak akan kiamat sehingga datang suatu hari ke atas manusia yang mana pembunuh tidak mengetahui atas sebab apa dia membunuh dan yang dibunuh juga tidak mengetahui dengan sebab apa dia dibunuh.” Nabi ditanya: Bagaimana boleh terjadi demikian ? Sabdanya: Al Haraj (kekacauan ) yang membunuh dan yang dibunuh dalam neraka.”
Diriwayatkan oleh Bukhari( 18/35)

Perbuatan pembunuhan ini terjadi secara berleluasa tanpa menghiraukan matlamat dan tujuan asalkan ia memehuhi hawa nafsu yang jahat dan kejam.Persoalan ditimbulkan kenapa yang dibunuh juga masuk neraka sedangkan yang membunuhlah yang bersalah.Alasan kedua –dua pihak masuk neraka kerana yang membunuh dan dibunuh masing-masing berniat mahu membunuh di antara satu sama lain.

Apabila urusan itu dipegang oleh orang yang bukan ahlinya

Perkara ini terjadi secara meluas dalam pelbagai bidang.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila urusan itu disandarkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah hari kiamat.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya sesuatu kaum diperintahkan oleh golongan yang jahat dan fasik.Pemimpin yang dipilih dikalangan mereka tidak tahu menjalankan tugas bahkan apa yang dibawa hanyalah mendatangkan kehancuran dan kebinasaan.

Memberi kepercayaan kepada orang yang khianat

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah mengatakan perkara keji dan kotor, memutuskan hubungan silaturahim, menuduh orang jujur melakukan khianat dan memberi kepercayaan orang yang berkhianat.” Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar dan As-Silsilah As-Sohihah (2290)

Melampaui batas dalam berdoa

Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan muncul satu kaum yang melampaui batas dalam berdoa” Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dalam As-Sohih dan Al-Jami’ (3671)

Daripada Maula Sa’ad bahawa Sa’ad r.a mendengar anaknya berdoa dengan berkata : Ya Allah, aku mohon kepadaMu syurga, nikmat, sutera tebalnya dan seterusnya, aku berlindung kepadaMu daripada neraka serta rantai dan belenggunya.
Lalu berkata : Sesungguhnya engkau telah meminta kepada Allah kebaikan yang banyak dan engkau berlindung daripadanya keburukan yang banyak, dan sesungguhnya kamu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “ Akan muncul satu kaum yang melampaui batas dalam berdoa.” Diriwayatkat oleh Ahmad dan Ibnu Katsir berdiam diri atasnya.

Di antara sikap berlebih-lebihan dalam berdoa: Memanjangkan doa sehingga melebihi kadar solat sepertimana yang berlaku pada hari ini.

Isnin, 14 Julai 2008

SMTEKNIK KLANG;Tempat ke-3 PESKAT 2008




Penulis hanya mampu tersenyum dengan hadiah no 3 perlawanan bola sepak PESKAT 2008.Ini saja kemampuan yang dapat sumbangkan kepada sekolah tercinta SMT KLANG.Kesihatan adalah segala-galanya kerana Allah.

SMTEKNIK KLANG,Pesta Sukan & Kebudayaan Antara Teknik 2008


Perlawanan bola sepak PESKAT 2008.
SMTEKNIK KLANG terpaksa akur dengan kehebatan SMT SEPANG dengan kekalahan 2-0 diperlawanan separuh akhir.Kami akan cuba lagi pada tahun hadapan.

Isnin, 7 Julai 2008

Keberkatan hidup

Assalamualaikum

Keberkatan hidup akan diperolehi apabila seseorang telah mengisi waktu hidupnya dengan perkara yang membawa manfaat,penuhi dengan beribadat dan mengabdikan diri pada yang Esa.Tidak membuang waktu dengan perbuatan sia-sia.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Amal kebaikan itu dapat menambah umur, bukan kerana bertambah usia, tetapi nilai yang diperolehi dari usia itu."

Menurut Imam AL-Qurtubi dalam tafsirnya Al-Jami' Ahkamil Quran bahawa hidup yang baik terdiri dari 5 unsur;
Pertama: Rezeki yang diperolehi dengan cara yang baik dan halal kemudian dibelanjakan
dijalan Allah.
Kedua: Merasa puas dengan apa yang dimiliki.
Ketiga: Taufiq yang diperolehi kerana ketaatan dalam memenuhi ketentuan-ketentuan dan
petunjuk-petunjukNya.
Keempat: Kebahagiaan yang merangkumi rohani dan jasmani.
Kelima: Memperolehi syurga yang merupakan tempat rahmat dan kekal abadi.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengejar impian ini dengan penuh harapan dan pergantungan kepada Allah s.w.t

Khamis, 3 Julai 2008

UNTUKMU ISTERI

Duhai para isteri yang jelitawan,

Di sini saya paparkan usaha, langkah dan amalan untuk mewujudkan rumahtangga harmoni. Sememangnya suami yang bertanggungjawab akan mencari rezki yang halal lagi baik tetapi perlu diingatkan di sini bahawa sebenarnya suami cuma penyebab datangnya rezki tetapi Allah s.w.t lah yang pemberi rezki dan rahmat.
Setelah suami keluar ke pejabat atau tempat kerja,para isteri perlu bertawakkal dan mengamanahkannya kepada Allah sambil berdoa;

"YA ALLAH, ENGKAULAH PENGUASA SUAMI SAYA.AMANAH MATANYA SUPAYA TERKAWAL,AMANAH HARTANYA ANDAI ADA BAHAGIAN REZKI YANG HALAL BERKAT BAGI KAMI,BIMBING SUPAYA IA BOLEH BERIKHTIAR DI JALAN MU,HINGGA BERJUMPA DENGAN BAHAGIAN REZKI YANG BERKAT,TETAPI KALAU TIDAK ADA BAHAGIAN REZKINYA TOLONG ADAKAN, YA ALLAH, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMBUKA DAN PENUTUP REZEKI, JADIKAN PEKERJAAN MENJADI AMAL SOLEH"

Berdoalah secara berterusan,jagalah makannya sebelum orang lain sengaja mengambil alih.cintailahnya sebelum cintanya beralih arah.

Rabu, 2 Julai 2008

Siraman Amal

Assalamualaikum

Ketika kita memikirkan tentang permasalahan hidup,kesusahan,kesempitan dan paling berat kita dakwa itu malapetaka buat kita.kita sebenarnya lalai dan leka sehingga kita sandarkan apa yang kita tanggung sebagai suatu yang tidak adil bagi kita.

Namun kita terlupa bahawa dalam esak tangis,hiba,kepayahan yang terpaksa kita telan itu ada penyelesaian,berita gembira,penawar dari yang Esa.Kita tidak dapat memikirkan hikmah disebalik keresahan yang berpanjangan,kekusutan yang berterusan kerana kita tidak muhasabah diri,tidak ada ilmu untuk mengatur langkah mencari jawapan,tidak mahu menerima dengan dada yang lapang.

Kita tidak dapat melihat itu sebagai ujian untuk diangkat martabat keimanan,penambahan nur dan hidayah.Apa yang kita nampak di masa itu kesedihan yang bertubi-tubi,keputusasaan yang mencengkam hati dan jiwa.

Cuba kita lihat,selepas kejadian yang kita anggap 'BALA' timbullah kesenangan,rahmat dan kesyukuran,sinar-sinar keghairahan hidup ke arah kemewahan sehingga kita buta dengannya.Kita sudah terlupa kesakitan,kelukaan,kesengsaraan dulu.

Kenapa terjadi sebegitu;

pertama : kita tidak beramal dengan ilmu yang ada,
kedua : penghayatan yang tidak diselitkan dengan amalan dan keikhlasan,
ketiga : doa yang dipanjatkan tidak disirami dengan istiqamah,
keempat : kita tidak menerima qada' dan qadar sama ada baik dan buruk dengan jiwa yang tenang.

Semoga hidup kita dapat dikembalikan ke jalan yang benar dan diredhai,landasan barakah,kehidupan yang bahagia,bahagia di dunia dan akhirat.

Jumaat, 27 Jun 2008

STAFF SMTEKNIK VS STAFF UIAM GOMBAK







Perlawanan bola sepak persahabatan telah diadakan dalam suasana yang nyaman setelah hujan turun mencurah-curah.Walau bagaimanapun SMTEKNIK klang terpaksa akur dengan kehebatan pemain-pemain muda mereka yang berkesudahan ...........

Khamis, 26 Jun 2008

LEKA DIBUAI DUNIA

Assalamualaikum

Kehadapan tuan-puan dan pembaca yang budiman.Zaman akan berputar,masa akan berlalu,kehidupan akan berubah.ramai dikalangan kita masih menangguhkan pekerjaan,duduk berehat,menonton tv sampai ke pagi,selepas makan menunggu waktu tidur dalam bilik berhawa dingin sampai ke pagi.Begitulah rutinnya saban tahun tanpa beramal ibadah khususnya yang sunat,lalai dan leka dalam beramal,tidak menuntut ilmu.

Kita mempunyai alasan yang kukuh untuk membela diri apabila dicela dan diberi peringatan."Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isterikami."(AL-Fath:11) Ayat ini menenpelak kita dengan kata-kata seakan orang lain tidak mempunyai anak isteri dan harta benda untuk dicari sehingga tidak mampu beramal.

Tidakkah orang yang menuntut ilmu dan berjaga malam untuk beribadat kepada Allah juga perlu tunaikan tanggungjawab dan mencari habuan dunia.Mereka jua sering kesedihan,kelaparan dan kehausan di bawah panas mentari yang terik.Mereka terus bersabar sehingga mencapai kemanisan bersama Allah.Mereka melakukan seikhlas mungkin untuk menuntut keredhaan dan kerahmatan yang Esa.

Rabu, 25 Jun 2008

Kembalikan maruah diri

Assalamualaikum

Semoga tuan-puan,adik-adik pembaca yang budiman sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa.

Bila kita perhatikan keadaan adik-adik kita khususnya remaja kini secara sedar atau tidak ramai telah terjebak dengan budaya meniru rambut artis-artis ,tak kiralah artis itu dari luar atau dalam negara kita.Apa yang menjadi kemusykilan ialah remaja terbabit sedar atau tidak.atau mereka pura pura tidak tahu,atau sengaja mahu melihat respon dari orang tua mereka samaada akan larang,atau diam sahaja. Sekarang pelajar semakin tidak mengendahkan amaran dari guru-guru mereka.Sebelum digunting mereka dah cabut lari atau berbuih mulut guru menasihati tetapi masih tidak ada perubahan.

Persoalan yang perlu diselesaikan di sini ialah cuba memahami hakikat kenapa pematuhan disiplin terhadap peraturan sekolah perlu dipatuhi.Sikap ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa dirinya hebat dan mengikut trend terkini perlu diubah kearah yang baik.Ketidakadanya kefahaman yang jelas tentang budaya sopan-santun atau kesesuaian tradisi islam atau moral.Pelbagai lagi sebab menjadi pendorong agar mereka semua terarah kepada keadaan dan situasi yang tidak sihat.

Oleh itu,marilah kita sama-sama memperbaiki keadaan ini agar tidak menjadi parah.marilah kita ingat kesungguhan tokoh-tokoh penting dalam usaha memerdekakan tanah air,ulama-ulama yang merpertahankan aqidah,tokoh -tokoh pendidikan yang tidak pernah kenal keletihan dan keperitan membawa misi pendidikan negara,pendakwah islam yang rela berkorban untuk kemajuan ummah khususnya di tanah air tercinta ini.

Kembalikanlah maruah diri,masyarakat ,agama dan bangsa kita demi tuhan yang Esa iaitu Allah S.W.T

Khamis, 22 Mei 2008

Dengan sabar akan perolehi kejayaan

Senangkan untuk ucapkan SABAR! SABAR ,SABAR,SABAR

Untuk sabar dari syahwat yang kebiasaan manusia sangat senang dan suka melakukannya seperti berfoya-foya,buang masa dengan benda sia-sia.

Apa yang kena buat? Buatlah apa yang disuruh dan jauhkan apa yang dilarang.Terimalah apa yang ditakdirkan baik atau buruk.

Orang yang teguh imannya sentiasa melihat dan mencerminkan diri akan memperolehi kejayaan,kebahagiaan,hasanah fid-dunia & hasanah fil-akhirah.

Rabu, 21 Mei 2008

Adab-adab Muslim

Duhai remaja sekalian,

Janganlah engkau mendengar nyanyian yang melalaikan dan tidak mengungkapkan kata-kata keji.
Jangan menyakitkan jiran atau rakan,berpakaian bersih,bersahabat dengan orang yang baik,memuliakan tetamu.
Bila berkomunikasi biarlah lemah lembut,jika berziarah jangan terlalu lama.

Oleh itu,luaskanlah pandangan anda,besarkanlah harapan,banyaklah takutkan yang Esa dan bergantung harap padaNya,jauhilah fitnah dan cemuhan.

100% Pendidikan Islam


Anugerah Lulus 100% Pendidikan Islam Aliran Teknik SMTEKNIK KLANG 2008

Selasa, 20 Mei 2008

KEKOSONGAN

Adakah anda sekarang berada dialam fantasi? sudah pasti ya. Kekosongan inilah yang melahirkan kecenderongan kepada perkara bahaya,taman angan-angan,sarang kebimbangan,gudang kekosongan dan pendustaan.

Bahaya kekosongan ini mesti dihindari kerana kewajiban diabaikan,tugas-tugas disita,diperbesarkan perkara remeh temeh.Bagi orang yang muflis ia berdiri di atas angan-angan kekosongan.Kekosongan yang sunyi dari kebaikan,menghilangkan makna kehidupan,harga waktu dan keagungan umur.

Oleh itu wahai pembaca yang dikasihi,kembalilah ke alam nyata,kepada kebahagiaan yang hakiki,jalan yang lurus,keterangan yang jelas dan nyata,halawah iman .

Datanglah kepada kejayaan hidup,pasrahlah kepada kehidupan yang ternyata benar qada' dan qadar.terimalah dengan redha.

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN




Perlawanan ini diadakan untuk mengeratkan persahabatan dengan pegawai Majlis Sukan Negara.Sekolah Menengah Teknik Klang terpaksa menelan hakikat dibelasah oleh MSN sebanyak.........

Jumaat, 16 Mei 2008

Allah tidak mengubah sesuatu kaum

Setiap insan dan dalam diri pasti datang perubahan,sesiapa yang redha ia akan dibalas dengan kebaikan.Tetapi sesiapa yang marah dan tidak puas hati,maka dia akan dipertemukan dengan keburukan dan kesengsaraan.

Kebahagiaan,Kecintaan,Kegembiraan pasti akan menerangi kehidupan yang kelam.Menukar kebencian dan keingkaran kepada sifat mulia dan mahmudah.menjadikan suatu pengharapan yang baik,optimis jauh dari putus asa,kerana redha dengan Qada' dan Qadar.

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI."
(Ar-Ra'd:11)

Khamis, 15 Mei 2008

Persiapan diri

Assalamualaikum.
Kehadapan pembaca yang budiman, doa saya panjatkan moga yang Esa sentiasa kurniakan perlindungan setiap detik yang bergerak.

Kurniaan hidayat,iman,istiqamat atas perintah Allah s.w.t menjauhi kekufuran ,kefasikan dan kederhakaan menjadi teras dan pegangan ke arah kebahagiaan.

Bagaimana cara mendapatkannya? Senang atau Susah ?

Anda kena berusaha mencari ilmu yang berguna,melapangkan dada,memperbanyakan zikir.Semuanya merupakan simpanan pahala,punca keberkatan,penyuluh jalan kehidupan yang menuju kebenaran.
Cari dan Cintai Allah Dan Rasul pasti akan membawa kebahagiaan abadi.

Isnin, 12 Mei 2008

TEMPAT ISTIREHAT HULU YAM







TEMPAT NI MEMANG SESUAI BERSANTAI BERSAMA KELUARGA.
YANG PENTING SILATULRAHIM MESTI DIJAGA.DIDIKAN ISLAM MESTI DIUTAMA,AKHIRAT JUA KEKAL ABADI

Rabu, 30 April 2008

Rumah Gamma 2008


juara sukan smteknik 2008




JUARA IALAH GAMMA>>>>>GAMMA

MC hari sukan teknik 2008

Ternyata mc tetap dan hensem ini dah ada orang punya

Taekwondo Smteknik klang

Persembahan taekwondo utk perasmian sukan tahunan sekolah teknik klang 2008

Rumah Alfa 2008


Rumah Beta 2008


Rumah Delta 2008


Petugas smteknik klang


Bertugas sunggug2 wahai puteraku smteknik klang