Isnin, 6 Oktober 2008

Solatlah Wahai Remajaku

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Latihan solat yang berterusan sejak kecil oleh seorang muslim yang mu'min dan muttaqin belum tentu diterima Allah s.w.t namun kita sebagai umat yang tidak maksum mesti berusaha sedaya mampu,penuh kesungguhan,pengharapan dan istiqamah agar Allah s.w.t menerimanya.Bukan sekadar berputus asa dan terus mengambil jalan mudah berada dalam situasi yang rugi dan tercela.

Allah s.w.t akan terus menguji keimanan,kehendak nafsu syahwat yang menjurus ke arah keseronokan dan menjauhkan diri dari beribadat.Oleh itu,kita sebagai umat di akhir zaman ini harus sedar dan tahu cara beribadat yang betul sebagaimana Rasullullah s.a w mengajar kita.

Caranya sudah pasti solat,bertasbih,mencari kefahaman melalui terjemahan dan penafsiran Al Quran dan memahami penghayatannya melalui amalan.Terus menerus beramal sehingga Allah s.w.t menunjukan cara menyelesaikan masalah.Sudah pasti akhirnya Allah s.w.t akan mengangkat martabat kita ke tempat yang sepatutnya.

Tiada ulasan: