Isnin, 28 Julai 2008

SMTEKNIK KLANG,KEM WIRA WAJA 5


Perkhemahan perdana pasukan beruniform,persatuan dan kelab SMTEKNIK KLANG 2008 berlangsung pada 25-27 julai 2008.




Kuliah subuh tentang masalah remaja dan budaya cemerlang oleh ustaz ridwan b.rahmat.
KIAMAT MAKIN HAMPIR 2

LELAKI MENTAATI ISTERI DAN MENDERHAKA KEPADA IBUNYA

Pada kebiasaan insan bernama lelaki pandai mengucapkan kata-kata manis dan melayani kerenah isterinya dengan kasih sayang,dimanja,dibelai.Kaum Adam ini sentiasa mencari jalan tunjukkan sifat manconya,hebatnya kepada kaum hawa sehinggakan Kaum Hawa menyerah cintanya,hatinya dan memberi sepunuh kepercayaannya kepada Sang Adam.Begitu juga kasihnya seorang anak kepada ibunya tidak berbelah bagi.semua kehendak ibunya dituruti, apa kata ibu itulah yang dilakukannya.
Walaubagaimanapun apa yang terjadi kini dan akan datang ialah ketaatan kepada seorang ibu yang melahirkannya telah bertukar kepada kasih dan turuti kehendak kepada si isterinya yang semestinya menjadi keutamaan.Apa kata isterinya hitam,maka jawapannya ialah hitam.Manakala ibunya cuba berkata dan meminta anaknya sesuatu ia akan berkata “tidak” dan terus menerus kata “tidak”serta menderhakainya.

MANAKALA KAUM LELAKI PULA BERBUAT BAIK KEPADA SAHABATNYA KEMUDIAN MENDERHAKAKAN AYAHNYA

Ayah yang mencari rezki siang dan malam,bersengkang mata,peluh keringatnya sentiasa mengalir membasahi wajahnya demi membesarkan anak-anaknya.Kasih sayang yang tidak berbelah bagi namun apa yang terjadi kini ayah diabaikan nasihatnya,ditinggalkan tanpa penjagaan.Sudah pasti anak bujangnya kini lebih utamakan kesenangan yang dikecapi kononnya itulah usahanya selama ini,penat lelahnya menuntut ilmu,kononnya sibuk dengan usahanya mencari nafkah yang halal buat keluarga barunya,tanggungjawabnya.Apa yang lebih menyeronokkan ialah kegembiraan bersama temannya,keseronokan bersama temannya menyusuri kehidupan yang penuh fantasi dan menghiburkan.Ajakkan dan permintaan sahabatnya cepat dipenuhi sedangkan permintaan ayahnya,keadaan ayahnya tidak terlintas langsung dalam fikirannya.

Kewajipan seorang lelaki mentaati ibubapa dan tanggungjawab seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya adalah suatu tugas yang murni dan wajib dilaksanakan tetapi keutamaannya ialah sudah semestinya ibubapa yang memerlukan bantuan seterusnya kepada isteri dan anak –anak tersayang yang akan terus mendoakan kesejahteraan hidupnya selepas ketiadaannya kelak.

Isnin, 21 Julai 2008

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

Tanda kiamat kecil telah bermula sejak perutusan rasul lagi.Ia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian;
Pertama : Satu bahagian telah terjadi dan dikenal pasti
Kedua : Satu bahagian telah terjadi dan belum dikenal pasti
Ketiga : Satu bahagian yang belum terjadi dan ini lebih sedikit
daripada sebelumnya

Antara tanda-tanda yang dapat kita perhatikan untuk dibuat pengajaran :

Pembunuh tidak tahu atas dasar apa dia membunuh dan yang dibunuh atas dasar apa yang dibunuh

Rasullulah s.a.w bersabda: “ Demi yang jiwaku berada ditanganNya, dunia tidak akan kiamat sehingga datang suatu hari ke atas manusia yang mana pembunuh tidak mengetahui atas sebab apa dia membunuh dan yang dibunuh juga tidak mengetahui dengan sebab apa dia dibunuh.” Nabi ditanya: Bagaimana boleh terjadi demikian ? Sabdanya: Al Haraj (kekacauan ) yang membunuh dan yang dibunuh dalam neraka.”
Diriwayatkan oleh Bukhari( 18/35)

Perbuatan pembunuhan ini terjadi secara berleluasa tanpa menghiraukan matlamat dan tujuan asalkan ia memehuhi hawa nafsu yang jahat dan kejam.Persoalan ditimbulkan kenapa yang dibunuh juga masuk neraka sedangkan yang membunuhlah yang bersalah.Alasan kedua –dua pihak masuk neraka kerana yang membunuh dan dibunuh masing-masing berniat mahu membunuh di antara satu sama lain.

Apabila urusan itu dipegang oleh orang yang bukan ahlinya

Perkara ini terjadi secara meluas dalam pelbagai bidang.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila urusan itu disandarkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah hari kiamat.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya sesuatu kaum diperintahkan oleh golongan yang jahat dan fasik.Pemimpin yang dipilih dikalangan mereka tidak tahu menjalankan tugas bahkan apa yang dibawa hanyalah mendatangkan kehancuran dan kebinasaan.

Memberi kepercayaan kepada orang yang khianat

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah mengatakan perkara keji dan kotor, memutuskan hubungan silaturahim, menuduh orang jujur melakukan khianat dan memberi kepercayaan orang yang berkhianat.” Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar dan As-Silsilah As-Sohihah (2290)

Melampaui batas dalam berdoa

Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan muncul satu kaum yang melampaui batas dalam berdoa” Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dalam As-Sohih dan Al-Jami’ (3671)

Daripada Maula Sa’ad bahawa Sa’ad r.a mendengar anaknya berdoa dengan berkata : Ya Allah, aku mohon kepadaMu syurga, nikmat, sutera tebalnya dan seterusnya, aku berlindung kepadaMu daripada neraka serta rantai dan belenggunya.
Lalu berkata : Sesungguhnya engkau telah meminta kepada Allah kebaikan yang banyak dan engkau berlindung daripadanya keburukan yang banyak, dan sesungguhnya kamu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “ Akan muncul satu kaum yang melampaui batas dalam berdoa.” Diriwayatkat oleh Ahmad dan Ibnu Katsir berdiam diri atasnya.

Di antara sikap berlebih-lebihan dalam berdoa: Memanjangkan doa sehingga melebihi kadar solat sepertimana yang berlaku pada hari ini.

Isnin, 14 Julai 2008

SMTEKNIK KLANG;Tempat ke-3 PESKAT 2008




Penulis hanya mampu tersenyum dengan hadiah no 3 perlawanan bola sepak PESKAT 2008.Ini saja kemampuan yang dapat sumbangkan kepada sekolah tercinta SMT KLANG.Kesihatan adalah segala-galanya kerana Allah.

SMTEKNIK KLANG,Pesta Sukan & Kebudayaan Antara Teknik 2008


Perlawanan bola sepak PESKAT 2008.
SMTEKNIK KLANG terpaksa akur dengan kehebatan SMT SEPANG dengan kekalahan 2-0 diperlawanan separuh akhir.Kami akan cuba lagi pada tahun hadapan.

Isnin, 7 Julai 2008

Keberkatan hidup

Assalamualaikum

Keberkatan hidup akan diperolehi apabila seseorang telah mengisi waktu hidupnya dengan perkara yang membawa manfaat,penuhi dengan beribadat dan mengabdikan diri pada yang Esa.Tidak membuang waktu dengan perbuatan sia-sia.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Amal kebaikan itu dapat menambah umur, bukan kerana bertambah usia, tetapi nilai yang diperolehi dari usia itu."

Menurut Imam AL-Qurtubi dalam tafsirnya Al-Jami' Ahkamil Quran bahawa hidup yang baik terdiri dari 5 unsur;
Pertama: Rezeki yang diperolehi dengan cara yang baik dan halal kemudian dibelanjakan
dijalan Allah.
Kedua: Merasa puas dengan apa yang dimiliki.
Ketiga: Taufiq yang diperolehi kerana ketaatan dalam memenuhi ketentuan-ketentuan dan
petunjuk-petunjukNya.
Keempat: Kebahagiaan yang merangkumi rohani dan jasmani.
Kelima: Memperolehi syurga yang merupakan tempat rahmat dan kekal abadi.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengejar impian ini dengan penuh harapan dan pergantungan kepada Allah s.w.t

Khamis, 3 Julai 2008

UNTUKMU ISTERI

Duhai para isteri yang jelitawan,

Di sini saya paparkan usaha, langkah dan amalan untuk mewujudkan rumahtangga harmoni. Sememangnya suami yang bertanggungjawab akan mencari rezki yang halal lagi baik tetapi perlu diingatkan di sini bahawa sebenarnya suami cuma penyebab datangnya rezki tetapi Allah s.w.t lah yang pemberi rezki dan rahmat.
Setelah suami keluar ke pejabat atau tempat kerja,para isteri perlu bertawakkal dan mengamanahkannya kepada Allah sambil berdoa;

"YA ALLAH, ENGKAULAH PENGUASA SUAMI SAYA.AMANAH MATANYA SUPAYA TERKAWAL,AMANAH HARTANYA ANDAI ADA BAHAGIAN REZKI YANG HALAL BERKAT BAGI KAMI,BIMBING SUPAYA IA BOLEH BERIKHTIAR DI JALAN MU,HINGGA BERJUMPA DENGAN BAHAGIAN REZKI YANG BERKAT,TETAPI KALAU TIDAK ADA BAHAGIAN REZKINYA TOLONG ADAKAN, YA ALLAH, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMBUKA DAN PENUTUP REZEKI, JADIKAN PEKERJAAN MENJADI AMAL SOLEH"

Berdoalah secara berterusan,jagalah makannya sebelum orang lain sengaja mengambil alih.cintailahnya sebelum cintanya beralih arah.

Rabu, 2 Julai 2008

Siraman Amal

Assalamualaikum

Ketika kita memikirkan tentang permasalahan hidup,kesusahan,kesempitan dan paling berat kita dakwa itu malapetaka buat kita.kita sebenarnya lalai dan leka sehingga kita sandarkan apa yang kita tanggung sebagai suatu yang tidak adil bagi kita.

Namun kita terlupa bahawa dalam esak tangis,hiba,kepayahan yang terpaksa kita telan itu ada penyelesaian,berita gembira,penawar dari yang Esa.Kita tidak dapat memikirkan hikmah disebalik keresahan yang berpanjangan,kekusutan yang berterusan kerana kita tidak muhasabah diri,tidak ada ilmu untuk mengatur langkah mencari jawapan,tidak mahu menerima dengan dada yang lapang.

Kita tidak dapat melihat itu sebagai ujian untuk diangkat martabat keimanan,penambahan nur dan hidayah.Apa yang kita nampak di masa itu kesedihan yang bertubi-tubi,keputusasaan yang mencengkam hati dan jiwa.

Cuba kita lihat,selepas kejadian yang kita anggap 'BALA' timbullah kesenangan,rahmat dan kesyukuran,sinar-sinar keghairahan hidup ke arah kemewahan sehingga kita buta dengannya.Kita sudah terlupa kesakitan,kelukaan,kesengsaraan dulu.

Kenapa terjadi sebegitu;

pertama : kita tidak beramal dengan ilmu yang ada,
kedua : penghayatan yang tidak diselitkan dengan amalan dan keikhlasan,
ketiga : doa yang dipanjatkan tidak disirami dengan istiqamah,
keempat : kita tidak menerima qada' dan qadar sama ada baik dan buruk dengan jiwa yang tenang.

Semoga hidup kita dapat dikembalikan ke jalan yang benar dan diredhai,landasan barakah,kehidupan yang bahagia,bahagia di dunia dan akhirat.