Isnin, 7 Julai 2008

Keberkatan hidup

Assalamualaikum

Keberkatan hidup akan diperolehi apabila seseorang telah mengisi waktu hidupnya dengan perkara yang membawa manfaat,penuhi dengan beribadat dan mengabdikan diri pada yang Esa.Tidak membuang waktu dengan perbuatan sia-sia.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Amal kebaikan itu dapat menambah umur, bukan kerana bertambah usia, tetapi nilai yang diperolehi dari usia itu."

Menurut Imam AL-Qurtubi dalam tafsirnya Al-Jami' Ahkamil Quran bahawa hidup yang baik terdiri dari 5 unsur;
Pertama: Rezeki yang diperolehi dengan cara yang baik dan halal kemudian dibelanjakan
dijalan Allah.
Kedua: Merasa puas dengan apa yang dimiliki.
Ketiga: Taufiq yang diperolehi kerana ketaatan dalam memenuhi ketentuan-ketentuan dan
petunjuk-petunjukNya.
Keempat: Kebahagiaan yang merangkumi rohani dan jasmani.
Kelima: Memperolehi syurga yang merupakan tempat rahmat dan kekal abadi.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengejar impian ini dengan penuh harapan dan pergantungan kepada Allah s.w.t

Tiada ulasan: