Rabu, 2 Julai 2008

Siraman Amal

Assalamualaikum

Ketika kita memikirkan tentang permasalahan hidup,kesusahan,kesempitan dan paling berat kita dakwa itu malapetaka buat kita.kita sebenarnya lalai dan leka sehingga kita sandarkan apa yang kita tanggung sebagai suatu yang tidak adil bagi kita.

Namun kita terlupa bahawa dalam esak tangis,hiba,kepayahan yang terpaksa kita telan itu ada penyelesaian,berita gembira,penawar dari yang Esa.Kita tidak dapat memikirkan hikmah disebalik keresahan yang berpanjangan,kekusutan yang berterusan kerana kita tidak muhasabah diri,tidak ada ilmu untuk mengatur langkah mencari jawapan,tidak mahu menerima dengan dada yang lapang.

Kita tidak dapat melihat itu sebagai ujian untuk diangkat martabat keimanan,penambahan nur dan hidayah.Apa yang kita nampak di masa itu kesedihan yang bertubi-tubi,keputusasaan yang mencengkam hati dan jiwa.

Cuba kita lihat,selepas kejadian yang kita anggap 'BALA' timbullah kesenangan,rahmat dan kesyukuran,sinar-sinar keghairahan hidup ke arah kemewahan sehingga kita buta dengannya.Kita sudah terlupa kesakitan,kelukaan,kesengsaraan dulu.

Kenapa terjadi sebegitu;

pertama : kita tidak beramal dengan ilmu yang ada,
kedua : penghayatan yang tidak diselitkan dengan amalan dan keikhlasan,
ketiga : doa yang dipanjatkan tidak disirami dengan istiqamah,
keempat : kita tidak menerima qada' dan qadar sama ada baik dan buruk dengan jiwa yang tenang.

Semoga hidup kita dapat dikembalikan ke jalan yang benar dan diredhai,landasan barakah,kehidupan yang bahagia,bahagia di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: