Khamis, 26 Jun 2008

LEKA DIBUAI DUNIA

Assalamualaikum

Kehadapan tuan-puan dan pembaca yang budiman.Zaman akan berputar,masa akan berlalu,kehidupan akan berubah.ramai dikalangan kita masih menangguhkan pekerjaan,duduk berehat,menonton tv sampai ke pagi,selepas makan menunggu waktu tidur dalam bilik berhawa dingin sampai ke pagi.Begitulah rutinnya saban tahun tanpa beramal ibadah khususnya yang sunat,lalai dan leka dalam beramal,tidak menuntut ilmu.

Kita mempunyai alasan yang kukuh untuk membela diri apabila dicela dan diberi peringatan."Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isterikami."(AL-Fath:11) Ayat ini menenpelak kita dengan kata-kata seakan orang lain tidak mempunyai anak isteri dan harta benda untuk dicari sehingga tidak mampu beramal.

Tidakkah orang yang menuntut ilmu dan berjaga malam untuk beribadat kepada Allah juga perlu tunaikan tanggungjawab dan mencari habuan dunia.Mereka jua sering kesedihan,kelaparan dan kehausan di bawah panas mentari yang terik.Mereka terus bersabar sehingga mencapai kemanisan bersama Allah.Mereka melakukan seikhlas mungkin untuk menuntut keredhaan dan kerahmatan yang Esa.

Tiada ulasan: