Sabtu, 14 Februari 2009

sumbangan guru untuk koku smteknik klang



Walaupun terpaksa bersama pelajar namun anak tetap kena awasi.Dalam kursus kokurikulum smteknik klang 14 feb 2009.

Kursus Kokurikulum SMTEKNIK KLANG




Kursus ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada pelajar mengendalikan persatuan ,kelab dan badan beruniform.








Selasa, 6 Januari 2009

SELAMAT DATANG DUHAI NUR HAZIQAH HANISAH
MOGA KITA BEROLEH KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

Sabtu, 20 Disember 2008

Jamuan Akhir Tahun 2008 SMT KLANG

Penulis terpaksa akur dengan kehebatan kaum hawa kerana menjadi wakil tunggal kaum adam menerima hadiah pencapaian terbaik dalam kategori buku rekod terbaik.



Pendaftaran jamuan akhir tahun 2008 anjuran kelab guru smt klang.


Wajah ceria antara guru yang menerima hadiah pencapaian terbaik penulisan buku rekod 2008




Pengetua dan GPK serta guru yang akan berpindah ke sekolah lain 2009




Selamat hari jadi untuk semua guru SMT KLANG 2008.Semoga panjang umur,murah rezki,bahagia di dunia dan akhirat.







Boring betul! bila makanan nak sampai ni.Para ustaz yang berkaliber.







Wakil kaum hawa dari bilik guru lelaki.Bergaya tu!





Wah ! bukan main lagi akrab guru dari panitia BM.







Antara suka dan duka.Nak balik kampung dan berpisah dengan rakan-rakan dari smt klang.
SEMOGA KITA SEMUA BERGANDING BAHU MENJAYAKAN VISI DAN MISI SEKOLAH SMT KLANG.AMIN






























Penawar terkini berjenama 4life


Dengan teknologi Nano produk Tranfer Factor telah meningkatkan kualiti dan keberkesanan khususnya kepada pesakit seperti kencing manis,darah tinggi,buah pinggang dan batu karang agar mereka dapat menikmati kesihatan yang maksima demi meneruskan ibadat dan kesyukuran kepada Allah s.w.t.

Ahad, 30 November 2008

Sabtu, 15 November 2008

4life untuk kesihatan dengan izin Allah s.w.t





































Kegigihan mencari penawar terjawab apabila menemui 4life.Kini tiba masa meraikan kejayaan bersama 4life.Tahniah buat sahabatku HUSNUN.

Penulis juga turut serta meraikan kejayaan sahabat karibnya.Kami hadiri anugerah bersama dan kongsi kejayaan ini bersama.Mudah-mudahan kami success.Amin
Apa tunggu lagi! hubungi kami untuk turut serta mencapai cita-cita anda.Husnun 016-3696583 dan Abu Bakar 016-6691802




















Isnin, 6 Oktober 2008

Solatlah Wahai Remajaku

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Latihan solat yang berterusan sejak kecil oleh seorang muslim yang mu'min dan muttaqin belum tentu diterima Allah s.w.t namun kita sebagai umat yang tidak maksum mesti berusaha sedaya mampu,penuh kesungguhan,pengharapan dan istiqamah agar Allah s.w.t menerimanya.Bukan sekadar berputus asa dan terus mengambil jalan mudah berada dalam situasi yang rugi dan tercela.

Allah s.w.t akan terus menguji keimanan,kehendak nafsu syahwat yang menjurus ke arah keseronokan dan menjauhkan diri dari beribadat.Oleh itu,kita sebagai umat di akhir zaman ini harus sedar dan tahu cara beribadat yang betul sebagaimana Rasullullah s.a w mengajar kita.

Caranya sudah pasti solat,bertasbih,mencari kefahaman melalui terjemahan dan penafsiran Al Quran dan memahami penghayatannya melalui amalan.Terus menerus beramal sehingga Allah s.w.t menunjukan cara menyelesaikan masalah.Sudah pasti akhirnya Allah s.w.t akan mengangkat martabat kita ke tempat yang sepatutnya.

Rabu, 3 September 2008

Sambutan hari kemerdekaan ke-51









Selesai perbarisan,kibaran bendera bermotosikal,tahlil dan doa selamat seterusnya jamuan bersama pengetua smteknik klang.

Wasiat untuk wanita

6 pesanan untuk wanita

6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini.

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan. Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin.Wassalam