Rabu, 3 September 2008
Wasiat untuk wanita
6 pesanan untuk wanita
6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.
2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini.
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan. Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin.Wassalam

Selasa, 26 Ogos 2008
Jumaat, 22 Ogos 2008
Cinta
CINTA
Cinta adalah air kehidupan,makanan roh dan jiwa.
Unta menyusukan anaknya dengan cinta,Bayi menyusu kepada ibunya kerana cinta,burung membuat sarangnya dengan cinta,dengan cinta wajah berseri-seri,bibir tersenyum dan mata bersinar,dengan cinta terjadi pelukan,hubungan,kasih saying dan belas kasihan.
Cinta hakim di mahkamah dunia,ia menhukum kekasih sekalipun bersalah dan mengadili masalah-masalah untuk kemaslahatan kekasih walaupun zalim. Dengan cinta semata-mata tengkorak-tengkorak para pejuang berguguran di atas bumi bagaikan dinar-dinar kerana mereka mencintai prinsipnya.Jiwa-jiwa mereka mengalir atas mata-mata pedang kerana mereka mencintai risalahnya.Sahabat mencintai manhaj dan pemiliknya,risalah dan pembawanya,wahyu dan yang menurunkannya,lalu mereka gugur dengan panah-panah untuk mencari mencari keredhaan di Badar,Uhud dan Hunain.
Mereka meninggalkan makanan,minuman dan shahwat-shahwat pada manas terik Makkah dan Madinah. Mereka menjauhi tempat tidur pada satu pertiga malam yang akhir dan menafkahkan harta bendanya untuk mencari keredhaan kekasih.
Manakala Dia mencintai Al-Kalim Musa a.s laut dibelah baginya,Dia mencintai Muhammad s.a.w batang kurma rindu kepadanya,dan bulan terbelah baginya.Pencinta azabnya manis dan kematiannya madu kerana dia mencintai.
Dengan cinta orang yang tidur bangkit dari selimutnya yang hangat dan katilnya yang empuk untuk solat subuh. Dengan cinta pejuang maju kepada kematian dengan memandang berat kehidupan,dengan cinta air mata mengalir dan hati bersedih.
Cinta bagaikan grativiti yang mengerakkan bintang,menyertai planet-planet dan membentuk kumpulan matahari,lalu tidak terjadi pertembungan di antaranya. Dengan cinta bintang-bintang berjalan pada peredarannya lalu tidak terjadi pertembungan di sana.
Pada hari berakhirnya cinta terjadi peninggalan dan pemutusan di alam,buruk sangka dan keraguan dalam diri,kekerutan dan kemasaman di wajah, pada hari terakhirnya cinta penuntut tidak memahami perkataan gurunya yang menggunakan bahasa yang fasih.
Pada hari berakhirnya cinta lebah meninggalkan bunga,burung meninggalkan sarang dan taman permainan,peperangan terjadi, api permusuhan menyala,benteng dibinasakan, istana-istana dihancurkan,jiwa dan harta benda hilang.
Pada hari berakhirnya cinta, dunia dan gunung-ganang menjadi rata,dokumen-dokumen menjadi lembaran kosong,dalil-dalil menjadi cerita dongeng,perumpamaan menjadi kepalsuan.Tidak ada kehidupan melainkan dengan cinta,tidak ada kekekalan melainkan dengan cinta.
Jika anda mencintai anda mencium keharuman bunga,menyentuh kelembutan sutera,merasakan kemanisan madu,mendapati nikmat keafiatan,memperolehi ilmu yang lebih mulia dan mengetahui sesuatu rahsia.
Apabila anda benci setiap kalimat yang diungkapkan dapat melukai diri dan orang lain,setiap tindakan menjadi samar,setiap pergerakan meragukan,setiap kebaikan menjadi keburukan,Maka untuk menjadi pencinta yang baik ranapkan pemulauan kepada perhubungan dan silaturrahim yang berkekalan,kemarahan menjadi keredhaan,dosa menjadi pahala dan kesalahan menjadi kebenaran.

Jumaat, 15 Ogos 2008
Mintalah pertolongan dari Allah
“Jagalah perintah Allah,nescaya Dia akan menjagamu, jagalah perintah Allah,nescaya Dia aka nada dihadapanmu,perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar,nescaya Dia akan mengenalimu ketika kamu dalam kesusahan.Jika kamu meminta maka mintalah kepada Allah,jika memohon pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.”Al-Hadis
Ramai di kalangan kita sering bertanya: Bagaimana untuk minta pertolongan dari Allah ? Tidak ada perubahan pun.Penyakitnya tetap tidak hilang,kesusahan masih berpanjangan.
Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.Dia akan menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing.Seandainya iman seseorang cuma senipis kulit bawang,maka cubaannya adalah sesuai dan selayaknya sahaja.Manakala seandainya iman seseorang hambanya seperti kulit durian,sudah semestinya ujian itu berat sedikit.Seumpama kita nak kopak sebiji durian,sudah semestinya senang kalau guna parang.sekiranya kita guna sebilas pisau yang kecil sudah pastinya menyukarkan kita membukanya.
Jadikan masa kaya anda sebagai persiapan menghadapi masa sukar,harta anda sebagai benteng jiwa ,dan umur anda sebagai pelaksana ketaatan kepada tuhan.

SMTEKNIK-SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-51
Sambutan ini diadakan dengan meriahnya,dengan sokongan para pelajar dan guru.Moga kemerdekaan ini akan dikecapi oleh jenerasi yang akan datang dengan aman dan harmoni.Amin
Selasa, 5 Ogos 2008
Isnin, 28 Julai 2008
SMTEKNIK KLANG,KEM WIRA WAJA 5
KIAMAT MAKIN HAMPIR 2
LELAKI MENTAATI ISTERI DAN MENDERHAKA KEPADA IBUNYA
Pada kebiasaan insan bernama lelaki pandai mengucapkan kata-kata manis dan melayani kerenah isterinya dengan kasih sayang,dimanja,dibelai.Kaum Adam ini sentiasa mencari jalan tunjukkan sifat manconya,hebatnya kepada kaum hawa sehinggakan Kaum Hawa menyerah cintanya,hatinya dan memberi sepunuh kepercayaannya kepada Sang Adam.Begitu juga kasihnya seorang anak kepada ibunya tidak berbelah bagi.semua kehendak ibunya dituruti, apa kata ibu itulah yang dilakukannya.
Walaubagaimanapun apa yang terjadi kini dan akan datang ialah ketaatan kepada seorang ibu yang melahirkannya telah bertukar kepada kasih dan turuti kehendak kepada si isterinya yang semestinya menjadi keutamaan.Apa kata isterinya hitam,maka jawapannya ialah hitam.Manakala ibunya cuba berkata dan meminta anaknya sesuatu ia akan berkata “tidak” dan terus menerus kata “tidak”serta menderhakainya.
MANAKALA KAUM LELAKI PULA BERBUAT BAIK KEPADA SAHABATNYA KEMUDIAN MENDERHAKAKAN AYAHNYA
Ayah yang mencari rezki siang dan malam,bersengkang mata,peluh keringatnya sentiasa mengalir membasahi wajahnya demi membesarkan anak-anaknya.Kasih sayang yang tidak berbelah bagi namun apa yang terjadi kini ayah diabaikan nasihatnya,ditinggalkan tanpa penjagaan.Sudah pasti anak bujangnya kini lebih utamakan kesenangan yang dikecapi kononnya itulah usahanya selama ini,penat lelahnya menuntut ilmu,kononnya sibuk dengan usahanya mencari nafkah yang halal buat keluarga barunya,tanggungjawabnya.Apa yang lebih menyeronokkan ialah kegembiraan bersama temannya,keseronokan bersama temannya menyusuri kehidupan yang penuh fantasi dan menghiburkan.Ajakkan dan permintaan sahabatnya cepat dipenuhi sedangkan permintaan ayahnya,keadaan ayahnya tidak terlintas langsung dalam fikirannya.
Kewajipan seorang lelaki mentaati ibubapa dan tanggungjawab seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya adalah suatu tugas yang murni dan wajib dilaksanakan tetapi keutamaannya ialah sudah semestinya ibubapa yang memerlukan bantuan seterusnya kepada isteri dan anak –anak tersayang yang akan terus mendoakan kesejahteraan hidupnya selepas ketiadaannya kelak.

Langgan:
Catatan (Atom)